Saturday, October 3, 2020

PENGENALAN :






   ðŸ’—  Matematik merupakan antara salah satu subjek teras dalam (SIJIL PELAJARAN MALAYSIA) SPM yang mewajibkan para pelajar untuk menduduki peperiksaan subjek ini. Tambahan lagi, subjek matematik juga menjadi antara salah satu subjek yang menjadi kayu ukur bagi kebanyakkan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh Malaysia dalam proses pengambilan pelajar. Namun kita sedar ramai dalam kalangan  pelajar sekolah menengah mereka mengalami kesukaran untuk mendapat skor yang tinggi bagi subjek tersebut setiap kali peperiksaan. Hal ini juga disebabkan kerana dalam sistem pembelajaran kini , aspek - aspek kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) telah dipraktikkan secara meluas dalam soalan soalan matematik khasnya. Hal ini dilihat , menjadi antara faktor yang mempengaruhi para pelajar gagal untuk mendapatkan skor yang tinggi umtuk subjek ini . Ramai dalam kalangan pelajar masih lagi tidak mahir dalam mempraktikkan aspek (KBAT) oleh kerana bentuk - bentuk soalan sebegini memerlukan kita untuk berfikir di luar kotak.

     ðŸ’“ Oleh yang demikian , saya berhasrat untuk membantu mereka ini dengan memberikan tips -tips yang boleh mereka praktikkan untuk mereka berjaya mendapatkan skor yang tinggi bagi subjek matematik. Tiada masalah yang tiada solusinya . Kita anggapkan semua antara kita adalah sama dan jika mereka dapat menguasai subjek ini maka mengapakah kita tidak boleh? . Mengikut pemerhatian saya ,  walaupun perbezaan kelas antara kelas cemerlang dan kurang cemerlang tidak langsung mempengaruhi kejayaan seseorang. Namun ia bergantung pada kesungguhan , disiplin dan strategi  seseorang itu. Oleh yang demikian saya berhasrat untuk berkongsi melalui blog ini supaya ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang berhasrat untuk mendapatkan skor yang tinggi dalam subjek ini.   


                       

Thursday, October 1, 2020

1) CUBA FOKUS DALAM KELAS (DALAM KELAS)



Tips yang pertama saya khususkan tips semasa dalam kelas iaitu cuba untuk memberi tumpuan dalam kelas.Ini  lebih kepada memberi perhatian serta fahamkan konsep -konsepmatematik yang sedang diajar  dan penyelesaian soalan yang ditunjukkan oleh guru.  Banyakkan bertanya guru tentang masalah masalah yang dihadapi untuk menyelesaikan satu satu soalan dan konsep yang tidak difahami dengan jelas.Hal ini penting kerana konsep - konsep matematik ini akan berkait  dan memerlukan kita untuk mengaplikasikan konsep ini dalam menjawab soalan - soalan matematik seperti soalan KBAT.     



2) MEMBUAT ULANG KAJI SETIAP KALI SELEPAS MEMPELAJARI KONSEP BAHARU. (SELEPAS WAKTU SUBJEK TIDAK LEBIH 24 JAM)


 ❤   Tips ini lebih kepada untuk mengingat kembali apa yang telah dipelajari di sekolah pada hari yang sama. Hal ini kerana menurut kajian psikologi , jika kita ingin mengingat kembali apa yang telah kita pelajari pada hari tersebut dalam jangka masa yang lama kita perlu mengulang kaji perkara tersebut tidak melebihi 24 jam. Jadi , ia membantu untuk kita mengingat konsep konsep baru matematik yang dipelajari untuk jangka masa yang lama.






Wednesday, September 30, 2020

3) KERAP MEMBUAT LATIHAN MATEMATIK (LUAR WAKTU SUBJEK)


  💓  Seterusnya saya ingin berkongsi tips yang perlu kita lakukan khasnya di luar waktu subjek iaitu kerap membuat latihan. Ini merujuk kepada membuat latihan matematik sekurang - kurangnya 1  jam sehari ( mengikut kesesuaian masa anda). Hal ini kerana , menjawab soalan soalan matematik ini merupakan satu kemahiran kerana gaya soalannya yang berbeza. Oleh yang demikian bila sebut sahaja kemahiran ia memerlukan latihan yang kerap bagi memperoleh sesuatu kemahiran itu.

Di samping itu , kamu juga perlu cuba biasakan diri untuk jawab soalan soalan yang arasnya adalah tinggi ataupun kita kata macam soalan yang jalan pengiraan rumit dan susah . Ini juga salah satu trick untuk membantu kita menjawab soalan - soalan peperiksaan yang memang kita tahu bukan semua susah dan bukan semua senang. Jadi bila kita sudah berlatih dan mahir dalam menjawab soalan soalan yang mencabar sememangnya nanti exam satu kelebihan buat kita.

Apabila kita kerap membuat latihan ia dengan sendiri membuatkan kita akan mahir untuk menyelesaikan soalan soalan yang diberikan.Tambahan lagi, bila kita dah terbiasa buat soalan soalan yang susah , benda tu akan membantu kita terutamanya semasa peperiksaan. Kamu tak percaya? . Dah cuba?




Tuesday, September 29, 2020

4) SUKA BERTANYA DENGAN RAKAN (DI LUAR WAKTU PEMBELAJARAN)


     💓Tips seterusnya adalah sikap suka bertanya rakan- rakan. Para pelajar mungkin lebih selesa bertanya sesama mereka (rakan-rakan). Hal ini kerana mereka dapat bertanyakan sesuatu perkara yang mereka kurang faham dengan lebih jelas.Tambahan lagi , Kebanyakkan pelajar lebih suka bertanya kepada rakan - rakan kerana mereka lebih banyak masa bersama terutamanya yang tinggal di asrama , selain mereka mungkin lebih faham untuk menjelaskan tentang bagaimana penyelesaian sesuatu soalan itu kepada rakan mereka oleh kerana mereka lebih memahami sesama mereka.

  

Monday, September 28, 2020

5) MENJAWAB SOALAN SOALAN PAST YEAR QUESTION ( PECUTAN TERAKHIR SEBELUM SPM)




    💓 Tip terakhir yang dapat saya kongsikan adalah dengan menjawab sebanyak mungkin soalan soalan yang telah dibukukan pada buku soalan soalan tersebut. Tips ini lebih kepada tips pecutan terakhir sebelum SPM sebenar. Tips ini penting kerana soalan soalan pada buku ini juga merupakan soalan spm bagi tahun tahun sebelum ini. Seperti kita sedia maklum , bentuk bentuk soalan SPM dari tahun ke tahun hampir sama (cara penyelesaian hampir sama) . Jadi , tips ini lebih kepada kita cuba untuk menguasai kesemua penyelesaian bagi setiap soalan     tersebut. Hal ini amat membantu kepada para pelajar.

PENGENALAN :

   ðŸ’—     Matematik merupakan antara salah satu subjek teras dalam (SIJIL PELAJARAN MALAYSIA) SPM yang mewajibkan para pelajar untuk mendudu...