❤ Tips yang pertama saya khususkan tips semasa dalam kelas iaitu cuba untuk memberi tumpuan dalam kelas.Ini lebih kepada memberi perhatian serta fahamkan konsep -konsepmatematik yang sedang diajar dan penyelesaian soalan yang ditunjukkan oleh guru. Banyakkan bertanya guru tentang masalah masalah yang dihadapi untuk menyelesaikan satu satu soalan dan konsep yang tidak difahami dengan jelas.Hal ini penting kerana konsep - konsep matematik ini akan berkait dan memerlukan kita untuk mengaplikasikan konsep ini dalam menjawab soalan - soalan matematik seperti soalan KBAT.

No comments:
Post a Comment