💓 Seterusnya saya ingin berkongsi tips yang perlu kita lakukan khasnya di luar waktu subjek iaitu kerap membuat latihan. Ini merujuk kepada membuat latihan matematik sekurang - kurangnya 1 jam sehari ( mengikut kesesuaian masa anda). Hal ini kerana , menjawab soalan soalan matematik ini merupakan satu kemahiran kerana gaya soalannya yang berbeza. Oleh yang demikian bila sebut sahaja kemahiran ia memerlukan latihan yang kerap bagi memperoleh sesuatu kemahiran itu.
Di samping itu , kamu juga perlu cuba biasakan diri untuk jawab soalan soalan yang arasnya adalah tinggi ataupun kita kata macam soalan yang jalan pengiraan rumit dan susah . Ini juga salah satu trick untuk membantu kita menjawab soalan - soalan peperiksaan yang memang kita tahu bukan semua susah dan bukan semua senang. Jadi bila kita sudah berlatih dan mahir dalam menjawab soalan soalan yang mencabar sememangnya nanti exam satu kelebihan buat kita.
Apabila kita kerap membuat latihan ia dengan sendiri membuatkan kita akan mahir untuk menyelesaikan soalan soalan yang diberikan.Tambahan lagi, bila kita dah terbiasa buat soalan soalan yang susah , benda tu akan membantu kita terutamanya semasa peperiksaan. Kamu tak percaya? . Dah cuba?