Saturday, October 3, 2020

PENGENALAN :






   ðŸ’—  Matematik merupakan antara salah satu subjek teras dalam (SIJIL PELAJARAN MALAYSIA) SPM yang mewajibkan para pelajar untuk menduduki peperiksaan subjek ini. Tambahan lagi, subjek matematik juga menjadi antara salah satu subjek yang menjadi kayu ukur bagi kebanyakkan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh Malaysia dalam proses pengambilan pelajar. Namun kita sedar ramai dalam kalangan  pelajar sekolah menengah mereka mengalami kesukaran untuk mendapat skor yang tinggi bagi subjek tersebut setiap kali peperiksaan. Hal ini juga disebabkan kerana dalam sistem pembelajaran kini , aspek - aspek kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) telah dipraktikkan secara meluas dalam soalan soalan matematik khasnya. Hal ini dilihat , menjadi antara faktor yang mempengaruhi para pelajar gagal untuk mendapatkan skor yang tinggi umtuk subjek ini . Ramai dalam kalangan pelajar masih lagi tidak mahir dalam mempraktikkan aspek (KBAT) oleh kerana bentuk - bentuk soalan sebegini memerlukan kita untuk berfikir di luar kotak.

     ðŸ’“ Oleh yang demikian , saya berhasrat untuk membantu mereka ini dengan memberikan tips -tips yang boleh mereka praktikkan untuk mereka berjaya mendapatkan skor yang tinggi bagi subjek matematik. Tiada masalah yang tiada solusinya . Kita anggapkan semua antara kita adalah sama dan jika mereka dapat menguasai subjek ini maka mengapakah kita tidak boleh? . Mengikut pemerhatian saya ,  walaupun perbezaan kelas antara kelas cemerlang dan kurang cemerlang tidak langsung mempengaruhi kejayaan seseorang. Namun ia bergantung pada kesungguhan , disiplin dan strategi  seseorang itu. Oleh yang demikian saya berhasrat untuk berkongsi melalui blog ini supaya ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang berhasrat untuk mendapatkan skor yang tinggi dalam subjek ini.   


                       

Thursday, October 1, 2020

1) CUBA FOKUS DALAM KELAS (DALAM KELAS)



Tips yang pertama saya khususkan tips semasa dalam kelas iaitu cuba untuk memberi tumpuan dalam kelas.Ini  lebih kepada memberi perhatian serta fahamkan konsep -konsepmatematik yang sedang diajar  dan penyelesaian soalan yang ditunjukkan oleh guru.  Banyakkan bertanya guru tentang masalah masalah yang dihadapi untuk menyelesaikan satu satu soalan dan konsep yang tidak difahami dengan jelas.Hal ini penting kerana konsep - konsep matematik ini akan berkait  dan memerlukan kita untuk mengaplikasikan konsep ini dalam menjawab soalan - soalan matematik seperti soalan KBAT.     



2) MEMBUAT ULANG KAJI SETIAP KALI SELEPAS MEMPELAJARI KONSEP BAHARU. (SELEPAS WAKTU SUBJEK TIDAK LEBIH 24 JAM)


 ❤   Tips ini lebih kepada untuk mengingat kembali apa yang telah dipelajari di sekolah pada hari yang sama. Hal ini kerana menurut kajian psikologi , jika kita ingin mengingat kembali apa yang telah kita pelajari pada hari tersebut dalam jangka masa yang lama kita perlu mengulang kaji perkara tersebut tidak melebihi 24 jam. Jadi , ia membantu untuk kita mengingat konsep konsep baru matematik yang dipelajari untuk jangka masa yang lama.






PENGENALAN :

   ðŸ’—     Matematik merupakan antara salah satu subjek teras dalam (SIJIL PELAJARAN MALAYSIA) SPM yang mewajibkan para pelajar untuk mendudu...