Saturday, October 3, 2020

PENGENALAN :






   💗  Matematik merupakan antara salah satu subjek teras dalam (SIJIL PELAJARAN MALAYSIA) SPM yang mewajibkan para pelajar untuk menduduki peperiksaan subjek ini. Tambahan lagi, subjek matematik juga menjadi antara salah satu subjek yang menjadi kayu ukur bagi kebanyakkan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh Malaysia dalam proses pengambilan pelajar. Namun kita sedar ramai dalam kalangan  pelajar sekolah menengah mereka mengalami kesukaran untuk mendapat skor yang tinggi bagi subjek tersebut setiap kali peperiksaan. Hal ini juga disebabkan kerana dalam sistem pembelajaran kini , aspek - aspek kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) telah dipraktikkan secara meluas dalam soalan soalan matematik khasnya. Hal ini dilihat , menjadi antara faktor yang mempengaruhi para pelajar gagal untuk mendapatkan skor yang tinggi umtuk subjek ini . Ramai dalam kalangan pelajar masih lagi tidak mahir dalam mempraktikkan aspek (KBAT) oleh kerana bentuk - bentuk soalan sebegini memerlukan kita untuk berfikir di luar kotak.

     💓 Oleh yang demikian , saya berhasrat untuk membantu mereka ini dengan memberikan tips -tips yang boleh mereka praktikkan untuk mereka berjaya mendapatkan skor yang tinggi bagi subjek matematik. Tiada masalah yang tiada solusinya . Kita anggapkan semua antara kita adalah sama dan jika mereka dapat menguasai subjek ini maka mengapakah kita tidak boleh? . Mengikut pemerhatian saya ,  walaupun perbezaan kelas antara kelas cemerlang dan kurang cemerlang tidak langsung mempengaruhi kejayaan seseorang. Namun ia bergantung pada kesungguhan , disiplin dan strategi  seseorang itu. Oleh yang demikian saya berhasrat untuk berkongsi melalui blog ini supaya ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang berhasrat untuk mendapatkan skor yang tinggi dalam subjek ini.   


                       

1 comment:

PENGENALAN :

   💗     Matematik merupakan antara salah satu subjek teras dalam (SIJIL PELAJARAN MALAYSIA) SPM yang mewajibkan para pelajar untuk mendudu...